Wednesday, July 21, 2010

♥ Ketumbit ♥

Citer terbaru anak kesayanganku Haziq
Kelopak matenye tlh ditumbuhi oleh sesuatu..
lain mcm je bunyinye kan..ahaks..
sian haziq kecik2 dh kene ketumbit..
klu org2 dulu kate ketumbit ni
disbbkan intai org mandi..ahaks
hishh!! anak mama ni intai sape mandi ni??
kecik2 dh gatai ek...hahahahaha
x de lah kan..anak mama ni kan baik..
(kite mmg kene selalu ckp yg baik2 je utk anak kite ni
maklumlah percakapan tu kan 1 doa
lebih2 lg dr mulut seorg ibu)

berbalik pd citer haziq kene ketumbit
dah dekat seminggu gk matenye cenggini
aritu bleh kanan, tp sekejap je dh ilang
jangkit plak sblh kiri..
kali ni mmg agak lame gak..dkt seminggu gk ha
tp..mujurlah x sakit kot
Tgk Haziq relax je..x de la dok merengek
@ dok gosok2 matenye tu
mase dulu tu dh bwk g klinik doktor ckp
ketumbit ni x der ape2 pun
letak je ubat yg dia kasi...

Udah la sepet...tambah sepet la jdinye


dh makin beso


harap2 cpt la mengecutnye..sian anak mama...
Kat bwh ni ade sedikit info berkenaan ketumbit ni..

copy patse dr sini:

Ketumbit
Pengenalan
Kelopak mata mempunyai kelenjar-kelenjar yang menghasilkan minyak, membantu melembapkan permukaan hadapan bola mata. Kadangkala, kelenjar ini boleh terkena jangkitan dan menyebabkan bisul kecil yang dipanggil ketumbit.
Tanda & Gejala
Ketumbit boleh menyebabkan gejala seperti sakit, mata rasa seperti berpasir, kemerahan atau bengkak pada kulit kelopak mata.
Komplikasi
Kebanyakan ketumbit akan hilang tanpa memerlukan rawatan dalam beberapa hari. Tetapi sesetengah individu mungkin mendapat komplikasi yang lebih teruk sekiranya jangkitan tersebut merebak kebahagian kelopak mata seterusnya menyebabkan 'preseptal cellulitis'. Keadaan ini menyebabkan kesakitan dan bengkak pada kelopak mata.
Rawatan
Kebanyakan ketumbit adalah kecil dan jarang menyebabkan gangguan yang teruk. Ia boleh dirawat di rumah dengan menuam beberapa kali sehari. Dalam beberapa hari ketumbit akan sembuh dengan sendirinya. Ketumbit yang telah dijangkiti kuman boleh dirawat dengan antibiotik. Dalam kes yang lebih teruk ketumbit boleh dirawat dengan pembedahan kecil.
Pencegahan
Individu yang mengalami jangkitan kecil pada bulu mata (blepharitis) mudah terkena ketumbit. Kumpulan individu ini perlu selalu membersihkan bulu mata mereka bagi mencegah ketumbit.Ketumbit pada kelopak mata kanan, menyebabkan kemerahan dan selulitis.

4 comments: