Monday, March 21, 2011

♥ Black Pepper Chicken Chop ♥

Lame x masukkan resepi dlm blog aku ni
nk masuk pekenbenye pun..
masak mkanan yg bese2 jerk..huhuhu

yang ni special sket..
tu yg nk share tu..

menu ni aku masak time nk
celebrate 3rd anniversary aku & My B
9/2/2011 yakni awal bln lepas

Black Pepper Chicken Chop

Bahan-bahan ( 2 orang )

*UNTUK DIPERAP*
2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo malas, biar je tulang nye)
2 ulas bawang putih (cincang)
1 cm halia (cincang)
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa

Cara-cara:-
1.Gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman.
2.Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.
3.Selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam.
4.Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak.
5.Balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).

*SOS BLACK PEPPER*
1/2 botol sos lada hitam - aku guna Life
2-3 sudu besar sos tiram
3-4 cendawan butang (cincang)
1/2 biji bawang besar (cincang)
garam/gula secukup rasa

Cara-cara:-
1.Tumiskan bwg besar yg dicincang
2.Masukkan kesemua bhn2 yg lain
3.Masak sehingga pekat
4.Adjustla kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa.


**COSLOW**
Bahan - bahan :
•1 cawan kobis bulat mentah yang dipotong halus2
•1/2 cawan carrot yang dipotong halus2
•mayonis ikut masing2 nak banyak atau sikit
•3 sudu besar susu segar - aku x letak pun
•sedikit garam

Cara -cara :
1.Potong halus - halus kobis bulat dan carrot, basuh dan tos kan .
2.Campurkan dengan mayonis, susu segar dan sedikit garam.
3.Gaul sebati dan simpan dalam peti ais dalam 2 -3 jam, kemudian boleh dimakan.

No comments:

Post a Comment